RASULULLAH saw
bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan
suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana
yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.” Begitulah besarnya harga senyuman seorang
isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana
kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam
keletihan.
Muka
yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.
Sesungguhnya
keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami
pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan
ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai
mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan
ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak
kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang
isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap
suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang
isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara,
ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam
kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.